Thursday, June 12, 2008

Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM)

Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) adalah merupakan pakatan generasi muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan bantahan ke atas kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan pada awal Jun lepas.

Kenaikan harga minyak yang menjangkau 41 peratus merupakan satu manipulasi langsung ke atas rakyat berikutan kesan domino yang turut mengesani kenaikan harga barang, perkhidmatan dan keperluan lain yang akhirnya menyebabkan rakyat tertindas.

GERAMM akan memainkan peranan sebagai platform untuk anak2 muda myatakan bantahan mereka ke atas penindasan dan manipulasi kenaikan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan tanpa memikirkan apa yang telah dibelanjakan secara boros oleh kerajaan.
GERAMM disertai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP, IKRAR, dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC).

Sebarang bentuk aktiviti, ceramah umum atau maklumat yang ingin disampaikan kepada GERAMM, bolehlah disalurkan melalui email di alamat maklumat {at} geramm {dot} org atau lawati laman web http://www.geramm.org

No comments:

Post a Comment