Monday, June 16, 2008

Fatwa minyak Al-Azhar

Fatwa minyak Al-Azhar:
"KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan.

Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.

'Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair,' kata seorang pensyarah universiti itu. - AFP"

1 comment:

  1. fatwa mcm ni gerenti tak akan dikeluarkan di Malaysia, sbb x menguntungkan kerajaan...

    ReplyDelete