Monday, July 7, 2008

Sepi The Movie




Dear Diary,

Trailer Sepi menambat hati aku dalam banyak cara. Humming Gita Gutawa, barisan pelakonnya dan yang paling pentingnya pengarahnya - Kabir Bhatia. Beliau juga yang mengarahkan filem Cinta, yg telah aku tonton sebanyak 2 kali di cinema dan countless time kat TV.

Pada mulanya memang aku tidak mengharapkan dapat menonton Sepi kerana memang filem ini bukan genre #1. Tapi gembiranya hati bila ada teman-teman di ofis yang hendak menonton juga. Akulah yang membuat tempahan tiket sejak Rabu untuk tayangan hari Jumaat tengahari.

Mentally prepared sebelum menonton Sepi. Aku menjengah blog ke blog yang membuat review filem ini. Semuanya memberi ulasan positif membuatkan aku lagi tidak sabar untuk menunggu hari Jumaat. Aku juga elakkan diri menonton lagi trailer Sepi dan baca akhbar mengenainya untuk mengelakkan terbaca spoiler.

Dan, hari Jumaat yang ditunggu tiba..

And oh, what a movie!

Kuddos to Kabir Bhatia and his dedicated team and dear cast members. Truly an amazing film as expected from a brilliant director such as Kabir. I mean, the storyline, the cast members, the feel, the look, EVERYTHING!

Sepi is indeed a five star Malay movie. Dengan tagline Cinta tak datang hanya sekali, filem ni membuatkan kita terfikir tindak-tanduk kita sehari². Berkisar mengenai tiga watak utama iaitu Adam, Sufi dan Imaan. Adam mempunyai kedai kek dan sentiasa menghadiri majlis perkahwinan teman²nya tapi dia aje yang belum merasa majlisnya sendiri. Sufi yang berlari setiap hari kerana kejadian lampau yang menghantuinya. Dan Imaan seorang penggiat seni yang mengenali Ean dalam satu pementasan. Mereka semua ini dikaitkan dalam satu kejadian. Dan dari kejadian itulah masing-masing mengenal dan memahami erti cinta, kehilangan dan sepi.

Such a brilliant idea of connecting these 3 main characters.

Kisah Adam dan Ilyana selalu terjadi di kalangan kita. Love strucks when we are unaware of it, least expected it and sometimes we are not even prepared for it. Magic kan? The most important thing is marry someone you love so you'll not regret your decision for the rest of your life. I just love Adlin's, V's and Nasha's act dalam kisah ni. Nasha... tak sangka dia boleh berlakon watak macam ni tau! So not her! Tapi memang bagus sangat dan hidup sangat karakter dia. Babak² Aflin dan V pula memang mengancam habis, love the part yang buat kek.. baling² tepung sampailah ke hujung babak tu... magical!

Wish I can bake a cake and ask Aaron Aziz tolong ajarkan. Boleh? :P

Kisah Sufi pula meruntun jiwa kerana penyesalan terhadap kesilapan yang membuatnya merana. Tetapi akhirnya kehadiran seseorang berjaya mengubati kesengsaraannya namun apakan daya, takdir Tuhan siapalah yang mampu menahan. Tetapi, rasa cinta itu kekal dibawa sampai akhir hayat walaupun tidak bersama. Teringat aku pada kata² cinta tak semestinya bersatu. Ada bisik² tak sedap mengenai storyline ini tapi pada aku, walau tak logik pun tapi kalau benda tu jadi pada kita, baru kita tahu nanti macam mana rasanya. Sufi memang pencinta sejati.. ahhh nak tau kena tengok filem Sepi beb!

Kisah ketiga iaitu kisah Imaan paling dekat dengan aku.. dan buat aku menitik air mata (sikit). Babak²nya taklah seromantik Adam dan Ilyana.. tapi aku yang tak tahan kalau orang cakap lembut² depan aku, pandang aku dan senyum sikit jek, just like Khalif buat pada Imaan. Cair sungguh aku. Oh, tercerita rahsia pulak ye. :)
Aku suka sangat cerita Imaan ni, rasanya Baizura ni tak le pandai sangat berlakon masa dalam Dunia Baru tapi dalam ni she's very good. Except for the wig. Hodoh OK wig tu. Oh dear, rasa sepi itu sangatlah tidak bagus dan puisi Imaan tu sangat menyentuh hati. Sedih sangat masa Imaan bergelut memilih antara dua pilihan. Sedih sedih *nangis lak*


Semua best. Watak² sampingan mcm Zain, Ean, anak Sufi, Nina isteri Sufi semuanya penting dalam filem ini. Tak ada watak yang tak pentinglah kiranya dalam kehidupan kita. (Note to self ni).

Apa lagi nak puji? Aku sangat suka cerita ini, dan tersentuh bila menontonnya. Rasa nak pergi lagi dan lagi dan suruh semua orang lain sama menonton filem ini.

Pergilah, tak rugi.



1 comment:

  1. Bisikku pada bulan,
    Kembalikan temanku,
    Kekasihku, Syurgaku,
    Tanpa dia malam menemaniku,
    Sepi memelukku,
    Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam,
    Biar ia sepi sepertiku...

    ReplyDelete