Tuesday, September 2, 2008

panduan solat tarawih dan witir


SOLAT TARAWIH
Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan ialah solat Tahajjud atau shalatul lail yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya. Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah dari Al Quran . Bilangan rakaat shalat Tarawih sesuai sunnah Rasulullah s a.w. ialah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat solat Witir. Sementara Umar bin Khatab r.a. mengerjakannya 20 rakaat dengan ditambah witir 3 rakaat. Solat tarawih termasuk sunnah muakkad, boleh dikerjakan dengan berjamaah boleh juga sendiri.

Menurut pendapat Al Ghazali, dalam bukunya "Rahasia-rahasia Shalat", walaupun dapat dikerjalan sendiri tanpa berjamaah, solat Tarawih yang dilakukan secara berjama'ah lebih afdhal, sama seperti pendapat Umar r.a., mengingat bahawa sebagian solat nawafil telah disyariatkan dalam jama'ah, maka yang ini pun pantas dimasukkan ke dalam kelompok tersebut. Sedangkan alasan kekhawatiran timbulnya riya bila berjamaah, atau pun kemalasan bila sendirian, sudah jelas menyimpnag dari tujuan keutamaan berkumpul dalam suatu jama'ah. Barangkali, orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas, dan bahawa kemalasan (bila sendirian) lebih baik daripada riya (jika solat jamaah). Demikian menurut Al Gazhali.

Cara Mengerjakan

2x4 rakaat + Witir, yaitu setiap 4 rakaat 1 kali salam, ditambah dengan witir 3 rakaat 1 kali salam.

4x2 rakaat + 3 rakaat witir, yaitu setiap 2 rakaat 1 kali salam, ditambah dengan witir 3 rakaat 1 kali salam.

Waktu solat Tarawih ialah sejak selesai solat Isya hingga terbit fajar


Sabda Rasulullah s.a.w :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمر فيه بعزيمة فيقول ، من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه .

Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.

Cara yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2 rakaat demi 2 rakaat.

NIATNYA

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.


SOLAT WITIR

Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil. Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud :

“Adalah Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat”

Mafhumnya bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka bilangan salamnya ialah 6 salam.

NIATNYA

أُصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ/ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Witir 2 rakaat kerana Allah Taala.

Adapun doa yang dibaca sesudah solat witir ialah :

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّنَا رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفو ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya : “Yang diucapkan Maha Suci bagiNya, Yang Maha Suci, dan Tuhan kami, malaikat dan roh. Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku”

Atau bacalah doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا دَائِْمًا ، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا . وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا ، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا ، وَنَسْأَلُكَ خَيًْرا كَثِيْرًا ، وَنَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ ، وَنَسْأَلُكَ الْشُكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ ، وَنَسْأَلُكَ الْغِنَاءَ عَنِ الْنَّاسِ . اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا الله يَا الله يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن . وَصَلى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Maksudnya : “Ya Allah ! Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu iman yang kekal, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon ditetapkan keyakinan yang benar, kami memohon (dapat melaksanankan) amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu tetap dalam agama Islam, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang melimpah ruah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan kesihatan, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu kesyukuran di atas kesihatan yang Engkau berikan, dan kami memohon kepada-Mu kecukupan, Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami Solat kami, puasa kami, qiam kami, khusyuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama solat ya Allah, ya Allah, ya Allah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

Atau baca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفو ، فَاعْفُ عَنِّي ، اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار .

Maksudnya : “Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku, Ya Allah kami memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka”




25 comments:

  1. salam...bagus info ttg tarawih dan witir ni..cuma nk minta dalil bagi witir 3 rakaat 1 salam tu..krn biasanya kita lakukan 3 rakaat 2 salam...

    ReplyDelete
  2. niat solat witir tuh rasanya ada masalah kerana niat yg di tulis d atas berbunyi "sahaja...solat witir -->2 RAKAAT<--...." witir itu ganjil kenapa niatnya genap? :) mohon maaf jikalau saya salah.

    ReplyDelete
  3. info y sgt baik.....May Allah bless:)

    ReplyDelete
  4. rojeo :

    Witir boleh dikerjakan satu rakaat, ataupun 3 rakaat sekali salam. Tetapi tidak boleh menyerupai solat magrib. Maknanya, solatlah 3 rakaat tanpa tasyahud awal.

    Dalilnya:
    Dari Abu Salamah bin Abd Rahman bahawa dia bertanya Aishah ra mengenai solat Rasulullah saw pada malam Ramadhan. Beliau menjawab, “Sama ada bulan Ramdhan atau selainnya, Rasulullah saw tidak pernah bersolat lebih dari 11 rakaat. Dia akan bersolat 4 –dan janganlah bertanya mengenai kebagusan dan panjangnya- Kamudian dia akan bersolat 4 –dan janganlah bertanya mengenai kebagusan dan panjangnya- Kemudia beliau bersolat 3 rakaat.”[HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud dlln]

    Adapun mengenai solat 1 rakaat witir, dalilnya:
    Dari Ibn Umar, “Seorang lelaki berdiri lalu berkata, “YA Rasulullah, berapa rakaatkah sembahyang malam?” Rasulullah saw menjawab, “Sembahyang malam itu dua-dua. Apabila engkau khuatir akan masuk waktu subuh, berwitirlah serakaat.”[HR Malik, al-Bukhari,Muslim dan Abu Uwamah]

    Allahu'alam

    ReplyDelete
  5. salam, tumpang tanya....
    bila pulak waktu perlu baca doa qunut? adakah dalam solat tarawih atau dlam solat witir?

    ReplyDelete
  6. salam...sy ingin bertanya..adakah boleh sekiranya melakukan hanya 2 rakaat solat terawih dan 1 rakaat solat witir?

    ReplyDelete
  7. Bilangan rakaat solat witir, 2 rekaat salam dan 1 rakaat salam, adakah dalil yg kuat..mohon pencerahannya...makasih

    ReplyDelete
  8. Doa qunut di baca pada 15 malam akhir Ramadhan dalam solat witir rakaat yg terakhir....

    ReplyDelete
  9. kenapa ada doa qunut dalam solat terawih?

    ReplyDelete
  10. salam...berkaitan sunat witir tu, kebanyakan yg sy tau 2 rakaat sekali salam dan 1 rakaat sekali salam..jdlah 3 rakaat..x pernah sy dengar sunat witir 3 rakaat sekaligus..sy arap tuan yg tulis tu fhm2 btul dan tlg jgn kelirukan org...kemungkinan jika sy silap, sy arap tuan yg tulis tu dpt tunjukkan bukti dan dahlil yg sahih dan benar (bkn hadis palsu) menyatakan witir bleh dilakukan 3 rakaat sekaligus...

    Allah lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  11. Ya, saya juga setelah memerhati dan melakukan solat witir 3 rakaat secara berjemaah di kebanyakan kawasan, ingin menyatakan bahawa witir 3 rakaat itu dilakukan secara dua kali. Maaf, saya juga tidak pernah melihat witir 3 rakaat dilakukan secara berterusan; maksudnya dilakukan terus tanpa salam pada rakaat kedua.

    Maksudnya begini:
    Pertama - 2 rakaat 1 salam.
    Kedua - 1 rakaat 1 salam.

    Qunut dilakukan pada rakaat ketiga witir tersebut, iaitu selepas bangun ruku'.

    Allahu'alam. Pohon perbetul diri jika saya silap. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. apakah ada surah khusus atau pun surah yang afdal untuk solat witir?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...

    Surah afdal bagi Solat Witir:

    Rakaat Pertama - Surah Al-A'la
    Rakaat Kedua - Surah Al-Kafirun
    Rakaat Ketiga - Surah 3 Qul

    Wallahualam.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. salam...buat kwn2 anon dan siti, ad masjid2 di utama malaysia yg melakukan witir 3 rakaat sekali gus, namun seperti yg dterangkan pada komen kwn di atas,jgn menyerupai solat mghrib...

    ReplyDelete
  15. Salam.Mahu beritahu sedikit tentang solat witir 3 rakaat 1 salam.Saya sekarang berada di Hong Kong dan solat witir di sini dilakukan dalam 3 rakaat sekaligus 1 salam.Doa qunut dibaca pada rakaat ketiga.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah pula saya tau sunat witir 3 rakaat 1 salam, bagi pendapat saya kita ikut apa yang diajar guru-guru agama dulu dulu,2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam kenapa nak diubah-ubah. Itu yang membuatkan generasi muda sekarang menjadi keliru, parent kata macam ni dan yang lain kata begitu. Especially to those yang basic agama agak blur. I'm kind of agreed to what Anonymous said.

    ReplyDelete
  17. Ini yg buat saya lebih binggung... tolonglah tetap kan yg mana satu?? 2 rakaat 1 salam + 1 rakaat 1 salam atau terus 3 rakaat 1 salam.... dah lah saya ni baru peluk agama Islam, buat keliru lah. kenapa susah sgt ni. Adakah salah kalau hanya baca Al fatiha dan Qul-lu-wallah dalam setiap rakaat??

    ReplyDelete
  18. bagi yang tak cukup pengetahuan lagi eloklah jika dikaji sebelum comment. Lebih baik fahamkan dulu apa yang ditulis sebelum bertanya.

    ReplyDelete
  19. yg satu rakaat tu kite kene niat cemane? sya btul2 tk pham lg ni..mohon jwb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat untuk dua rakaat bunyi lebih kurang mcm ni "rokaataini" tapi untuk 1 rakaat bunyi "rokaatan"..semoga dapat membantu

      Delete
  20. Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

    أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

    Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

    ReplyDelete
  21. Copy dr sumber..Wallahuallam..

    Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :
    لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.
    (Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)
    Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.
    Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).
    Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
    لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب
    Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.

    ReplyDelete