Friday, December 17, 2010

Mengapa manusia menjerit ketika marah?

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanyakan kepada murid-muridnya:

“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab: “Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak.”

Tapi…” Sang guru balik bertanya, ” Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Adakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?”

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logic. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.

Sang guru lalu berkata: “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat.

Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.” Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut:

“Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?”

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.

Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani bangkit untuk memberikan jawapan. ” Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak.

Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan. ” Sang guru masih meneruskan:

“Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu.

Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda.”

Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acap kali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.

Friday, December 3, 2010

Guru wanita kerugian RM15,000 ditipu rakan Facebook

Guru wanita kerugian RM15,000 ditipu rakan Facebook: "2010/12/02


KOTA BHARU: Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata ia berlaku selepas beberapa minggu guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.

Katanya, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.

'Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar.

'Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek.

'Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000.

'Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA,' katanya.

Mazlan berkata, selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. - BERNAMA

Tuesday, November 2, 2010

Ain MENANGGGGGG!!!

Tengah mencari fail yg tak dapat dikesan dalam laptop... tetiba jumpa gambar ni... hihi.. nampaknya ain menang dlm pertandingan tu... huhu..


~mel

Monday, November 1, 2010

Kerana daun salam....

Pada hari Jumaat lepas.. sebelum balik dari kerja mel singgah ke admin ofis.. biasala check parcel dari aktiviti shopping online mel yg tak sudah2... huhu.. Tengok2 ada 3 parcel utk mel.. wahh.. Bila sampai kat kereta, boss cakap.. wahhh.. banyaknyer brg shopping.. dgn tak sabar2 mel bukak parcel dlm kereta.. Bila mel buka bungkusan ke 3... ehhh..tetiba rasa pelik.. bila pulak mel beli tudung warna purple ni.. puas dok ingat.. tapi rasa macam tak ingat pun beli tudung warna purple ni... last2 boss sound.. tulaaa banyak sgt beli online.. sampai order tudung pun tak ingat..

Err.. masa tu tersenyapla kejab kan.. terasa bersalahkan sbb shopping sampai lupa daratan.. huhu.. sampai tak ingat.. on the way nak amik eryna.. tetiba terfikir.. eh.. mmg xde betul beli tudung purple ni...tiba2 otak baru berfungsi.... laaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ini hadiah dari Yusnaini ni... hadiah teka DAUN SALAMMMM... huhu,...

keh2.. barula legaa.. kalau tak sure boss bising dok shopping online lagi..

Anyway.. Thanks Naini... susah2 jer.. dah rasmi tudung "Natasha Vogue" ni time jalan2 kat Kompleks Bukit Jambul semalam.. :P

~mel
Kerana daun salam mel dapat hadiah sehelai tudung dari Naini... Yusnaini..

Sunday, September 19, 2010

Kenduri Aqiqah & Hari Raya

Pada 16/9/2010 Faizal, Mel & K.Hani telah mengadakan kenduri aqiqah Eryna Zulaikha & NurFatiha Nadhirah & open house hari raya di Gombak Setia. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan amat meriah sekali. Seperti biasa kami jemput kawan2 dari ada2aje yg tentunya memeriahkan majlis. Kalau berjumpa geng ada2aje pasti meriah. Kali ni K.Leen, K.Fizza & kekasih gelap Mel, Rin Best Ball berserta adik k.fizza (bunga zahra) & kawan2nya telah hadir memeriahkan majlis.. memang meriah jadinya.. Kesian Antu tak dpt datang last minute sebab bateri kereta kong.. tak pe antu.. lain kali kita buat lagi. Kesian Ball dok menunggu setengah jam kat luar coz segan nak masuk xde geng :P... huhu.. Anyway.. thanks guys for coming.. you are great!

Auntie ball & Eryna Zulaika..

Geng ada2aje..


K.Leen & Best Ball

K.leen tak henti2 makan.. :P

err.. bila kira nak wat gathering ada2aje lagi ni?


Salam lebaran & Maaf dipinta atas segala keterlanjuran kata dari kami di ada2aje.. Semoga tali persahabatan dan ukhwah di antara kita berkekalan selama2nya.. Insya Allah..

p/s gambar2 ini diambil oleh jurufoto ada2aje John Muska aka Sukasukalensa. So, seperti biasa dia xde dlm gambar. Pas ni apa2 aktiviti ada2aje akan mendapatkan khidmat jurufoto profesional kita ni la ekk.. :P


~FAIZAL & MEL
@ada2aje

Monday, September 6, 2010

Dusk at Batu Ferringhi Beach


Batu Ferringhi is one of Penang’s most popular destinations, it consists of a long stretch of soft, white sandy beach along a winding road named Jalan Batu Ferringhi, filled with a host of accommodation and dining options. Its night market is quite legendary, while its waters are popular spots for a range of water sports activities such as parasailing and windsurfing.

Taking its name from the Portuguese word for ‘Foreigners’ Rock’, Batu Ferringhi's appeal remains unchanged throughout the year.

Template baru

Baru lepas update blog ada2aje. Salah satu sebabnya template lama lama nk load, so pakai design template yang baru. Senang. Boleh visit ada2aje.com.